Perasaan yg kembali menghantui seorang sahabat telah mengingatkan aku pada sebuah kisah yang terjadi pada beliau ketika bulan November 2009. Sebabnya, inilah perasaan sama yang beliau rasai pada ketika itu. Satu perasaan yg tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ada rasa gembira, bahagia, syok sendiri, teruja, rindu, sayang, dan banyak lagi. Semuanya bercampur-baur, membentuk satu perasaan yang hanya pernah beliau rasa pada November 2009.
Beliau bertanya, ini kah yg dinamakan CINTA??
Kalau betul, beliau akan menjaga perasaan ini sebaik yang mungin, katanya. Beliau masih tak dapat melupakan pengalaman pada November 2009. November 2009 bukanlah pengalaman manis buat beliau, tetapi November 2009 juga bukanlah pengalaman pahit buat beliau.
Beliau telah mengenali cinta pada November 2009. Bukanlah bermaksud beliau bercinta buat pertama kali pada November 2009, kerana apa yang dimaksudkan ialah, beliau telah diizinkan Allah untuk merasai perasaan cinta sejati terhadap seorang gadis. Beliau telah diizinkan untuk merasai betapa manisnya perasaan cinta yang ikhlas dari Adam kepada Hawanya, cinta tulus Shah Jahan kepada Mumtaznya.
Tapi, kenapa ini bukan pengalaman manis beliau?
Penhujungnya bukanlah seperti yg beliau harapkan. Sewaktu zaman persekolahan dulu, beliau pernah bercinta, tapi hanya cinta monyet. Kata beliau, perasaan yg beliau rasai sekarang adalah berbeza dari cinta monyet. Berpisah dari cinta sebenar sangat menyakitkan, kata beliau. Sedih, kecewa, rindu, sayang, dan byk lagi perasaan terpaksa beliau tempuhi dalam perpisahan pada November 2009.
Namun, di sebalik segala perasaan yg di sebut tadi, terselit sekelumit perasaan bahagia. Beliau rasa sedih, sakit dan rindu kerana ditinggalkan oleh gadis yg dicintai sepenuh hati beliau, tetapi turut rasa bahagia kerana masih mampu merindui gadis tersebut. Beliau ingin melupakan peristiwa yg berlaku, tetapi beliau tak sanggup melepaskan perasaan tersebut yg membuatkan beliau rasa bahagia. Inikah cinta??
Tak dapat dipastikan, tetapi yang pasti, perasaan yang beliau rasai sekarang adalah sama seperti dulu.
Beliau berjaya mengharungi perpisahan yg membebankan beliau dlm tempoh masa yg agak lama setelah beliau memilih untuk mengadu kepada Allah.
Beliau kini dalam dilema. Masalah timbul apabila beliau tak tahu sama ada gadis yg berjaya membuka hatinya kembali itu turut sama merasai apa yang dirasai beliau. Beliau takut perkara yang pernah berlaku pada beliau dahulu berulang kembali. Walaupun ada pepatah mengatakan pisang tak akan berbuah dua kali, tapi, itu adalah pisang. Realitinya, kehidupan manusia tak sama dengan pisang.
Seseorang manusia mungkin akan mengulangi kesilapan yg sama berulang kali. Apa yang membezakan setiap kesilapan yg diulangi ialah bagaimana seseorang manusia itu memperbaiki setiap kesilapan berdasarkan pengalaman yg lalu. Tetapi adalah lebih bijak sekiranya seseorang manusia itu menggunakan pengalaman pada masa lalu untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama.
Kembali pada cerita asal, banyak persoalan timbul pada diri beliau:
- Sekiranya beliau mengetahui gadis yg berjaya membuka semula hati beliau itu tidak memiliki perasaan yang sama terhadap beliau, perlukah beliau berundur, atau perlukah beliau menanam perasaan tersebut dalam diri gadis itu?
- Sekiranya beliau meluahkan perasaan pada gadis tersebut, tetapi gadis itu menolaknya, dapatkah beliau menerima tamparan tersebut?
- Beliau tidak pasti sama ada ini adalah perasaan cinta yang sebenar atau tidak. Beliau takut untuk mengambil risiko kehilangan confident level beliau dalam menghadapi kaum Hawa, yang kini berada dalam keadaan kritikal.
- Beliau takut gagal menggunakan peristiwa lalu sebagai pengalaman bagi mengelakkan kesilapan yang sama berulang kembali.
Beliau mungkin sekali terlalu banyak berfikir, tetapi mungkin juga beliau perlu banyak berfikir agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu.
Beliau sgt mengharapkan untuk menemui seorang gadis yg akan menjadi pasangan hidupnya, walaupon usia beliau baru 20 tahun. Beliau mengharapkan inilah gadis yg ditakdirkan tuhan untuk diri beliau. Mungkin ramai yang menganggap beliau sebagai terlalu muda dan naïf untuk berfikir terlalu jauh kehadapan. Namun, pengalaman lalu menjadikan beliau tidak sanggup untuk terus mencari cinta sejati terlalu lama.
Ramai yg memberitahu beliau, universiti adalah tempat terbaik untuk beliau mencari calon isteri. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau telah memohon kepada Allah agar menjadikan gadis ini sebagai pasangan hidupnya. Walaupon tidak sampai seminggu beliau mengenali gadis ini, tetapi perasaan rindu beliau terhadap gadis ini sangat mendalam. Beliau benar-benar berharap perasaan yg dirasai kini adalah perasaan cinta DARIPADA Allah, dan cinta yg sejati & ikhlas KERANA Allah.
Adakah Allah akan memakbulkan doa beliau, dan memberi beliau semangat untuk menjadikan impiannya satu realiti? Atau adakah ini akan menjadi satu lagi ujian daripada Allah kepada beliau untuk lebih tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan bersama kaum Hawa? Beliau sangat mengharapkan bantuan dan sokongan moral daripada rakan-rakan beliau. Segala-galanya masih tidak dapat dipastikan. Yang pasti kini, beliau sangat merindui gadis tersebut....
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment