Saturday, March 19, 2011

tiba masa

rasa bahagia bila melihat dua orang rakan mula memasuki fasa kedua dalam perjuangan mereka mencari cinta sejati..
yg pertama, roommate, pemilik blog SIAPA AKU?!?, telah berjaya melangkah ke fasa kedua dgn gadis pilihan hati..
yg kedua, levelmate, empunya blog Belog wawan, memasuki fasa kedua dgn gadis pujaan hati..

seronok mendengar kisah mereka, tersenyum bila melihat senyuman mereka..

terlintas di fikiran, sampai bila aku nak bergerak sendiri??

hidup dah agak sempurna..
tak ada banyak masalah dengan kawan-kawan..
tak ada banyak masalah dengan assignment..
tapi hati rasa kosong..
jiwa rasa tak tenang..

agaknya, dah sampai seru untuk mencari teman..
mungkin, dah sampai waktu untuk tidak lagi bergerak berseorangan..

mana taknya, pergi kelas sorang-sorang..
balik kelas pon sorang-sorang..
pegi makan sorang-sorang..
hampir semua yang dibuat sorang-sorang..

tak ada makna kalau kejayaan kita tak dapat dikongsi..
tak ada makna kalau gembira, kita sendirian yang rasa..
tak ada makna kalau bersedih, kita sendirian sengsara..

kadang-kadang rasa rindu, tapi tak tahu pada siapa..
kadang-kadang rasa pilu, tapi tak tahu kerana apa..
mungkin dah sampai masa, hati yang sunyi perlu dimiliki..

semoga Allah telah menetapkan teman yang terbaik untuk aku merindui sepenuh hati,
dan dirindui seikhlas hati..
wallahualam..